Sabtu, 6 Oktober 2007

ANDA SEBAGAI INDIVIDU BOLEH MEMBUAT PERUBAHAN !!!

ANDA SEBAGAI INDIVIDU BOLEH MEMBUAT PERUBAHAN


1. LAKUKAN PERUBAHAN DI JALAN RAYA


Fikirkan semula jenis sistem pengangkutan yang hendak digunakan.
Amalkan berkongsi kereta / kenderaan bagi perjalanan yang mempunyai tujuan sama
Pertimbangkan sistem pengangkutan awam, berbasikal ataupun berjalan kaki;
Selenggara kenderaan dan pastikan keadaan angin tayar yang baik bagi menjimatkan kos bahan api ;
Pandu kenderaan dengan bijak. Jangan biarkan kenderaan statik dengan enjin kereta! Tutup enjin kenderaan sekiranya tidak bergerak walaupun sekejap – mampu menjimatkan bahan api;
Isi tangki minyak kenderaan pada waktu yang lebih sejuk bagi mengelakkan bahan api terperuwap ke udara .
Gunakan ‘non-ozone depleting refrigerant’ untuk sistem penghawa dingin kenderaan ;
Pastikan bahan pendingin kenderaan dikitar atau diguna semula semasa servis kenderaan. Perbaiki kebocoran sistem penghawa dingin kenderaan ;


2. LAKUKAN PERUBAHAN DI RUMAH


o Gunakan bahan kimia yang terdapat di rumah secara bijak

o Gunakan bahan ‘non-ODS, low VOC paints and solvents’. Pastikan terlebih dahulu membaca panduan penggunaan dan pelupusan bahan tersebut.

o Perbaiki kebocoran sistem penghawa dingin rumah bagi mengelakkan bahan ODS mencemarkan udara;

o Beli sistem penghawa dingin yang mesra alam dan tidak menipiskan laipsan ozon ;

o Jimatkan penggunaan kuasa elektrik ;

o Amalkan pengurusan bahan buangan dengan bijak. Kitar semula tin aluminum, kertas dan kaca ;

o Beli produk yang diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula;

o Hentikan pembakaran terbuka.



3. SEKTOR PERINDUSTRIAN BOLEH MEMBUAT PERUBAHAN


Amalkan teknologi bersih ;
Jimat penggunaan kuasa elektrik. Gunakan dan hasilkan produk yang tidak menipiskan lapisan ozon.
Jalankan servis dan penyelenggaraan ke atas mesin-mesin pembuatan.
Hentikan pembakaran terbuka.
Amalkan Teknik Pembakaran Sifar (sektor pertanian).
Kurangkan penggunaan racun makhluk perosak yang tidak mesra alam (sektor pertanian).

Tiada ulasan: