Oleh Azman Zakaria
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, usaha menangani fenomena perubahan iklim perlu menjadi keutamaan semua negara kerana kegagalan membendung gejala itu akan membawa bahaya kepada kehidupan manusia sejagat pada masa depan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, fenomena itu adalah nyata dan mempunyai kesan meluas, manakala usaha menanganinya memerlukan tindakan sepadu serta sepakat sama ada dalam sesebuah negara mahupun global.
“Oleh kerana bumi adalah satu-satunya tempat tinggal manusia, berdiam diri dengan hanya menjadi penonton tanpa mengendahkannya bukan satu pilihan.
“Kita dikurniakan alam sekitar dan iklim yang membolehkan generasi kita hidup dalam keadaan sihat, bermakna dan produktif. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab moral kita untuk menyerahkan dunia yang sihat dan sesuai bagi kehidupan kepada generasi akan datang,” katanya ketika merasmikan Persidangan Serantau Mengenai Perubahan Iklim di sini, semalam.
Beliau berkata, adalah penting untuk mengakui hakikat bahawa negara memberi komitmen kepada usaha menangani perubahan iklim pada peringkat antarabangsa hanya jika usaha yang dilakukan itu selaras dengan kepentingan mereka.
Justeru, katanya, tahap pembangunan, keutamaan pembangunan, sumber semula jadi dan struktur politik mempengaruhi sama ada mereka berupaya melaksanakan usaha menangani perubahan iklim.
Katanya, ia bermakna sasaran yang berbeza perlu ditentukan supaya semua negara boleh membabitkan diri secara aktif manakala semua program pembangunan, terutama di negara membangun mesti mengambil kira aspek perubahan iklim.
Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha untuk memajukan kedudukan ekonomi dan sosial serta dengan matlamat untuk membasmi kemiskinan akan secara serentak berupaya menangani masalah pelepasan gas rumah hijau.
“Bagaimanapun usaha pada peringkat nasional seperti itu memerlukan sokongan pada peringkat antarabangsa oleh negara maju menerusi bantuan bina upaya, pemindahan teknologi dan bantuan kewangan kepada negara membangun,” katanya.
Beliau berkata, perubahan iklim bukan saja menyebabkan cuaca melampau, tetapi mempunyai kesan negatif terhadap pertanian, kepelbagaian biologi, hutan, air bersih dan meningkatkan kes penyakit seperti malaria dan denggi.
Katanya, ia turut menyebabkan kawasan rendah dilanda banjir seperti dialami Malaysia pada Disember 2005 dan 2006 serta Januari tahun ini yang mengakibatkan kerugian RM4 bilion.
“Perubahan iklim tidak mengenal negara, tugas yang mendesak untuk kita sekarang ialah apa yang perlu kita lakukan pada peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya.
Najib juga berkata, di peringkat antarabangsa, walaupun usaha dijalankan menerusi Konvensyen Rangka Kerja Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCC) dan Protokol Kyoto, namun pelepasan gas perindustrian terus meningkat.
Katanya, mengikut laporan penilaian keempat Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC) yang dikeluarkan Februari lalu, cuaca 11 tahun kebelakangan ini adalah antara 12 tahun paling panas sejak 1850.
Malaysia katanya, komited melaksanakan pembangunan mapan dan antara inisiatif utama yang dilaksanakan kerajaan dalam menghadapi kepanasan global ialah dalam bidang tenaga yang diperbaharui.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Hello,
Appreciating the time and energy you put into your site and in depth information you offer. It’s good to come across a blog every once in a while that isn’t the same old rehashed material.
Thanks,
Website Design Company | SEO Services
Hello,
Nice post..
Peak Performance | Performance Enhancement
Really you are good in writing a blog.
thanks,
2 color offset manufacturers
Hi,
Awesome post..I like it very much.
MDF Boards | MDF with Veneers
Catat Ulasan